Categories: Mahkamah

Bicara kes SUV terhumban ditetapkan 24 september ini

BUKIT MERTAJAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 24 September ini untuk perbicaraan kes seorang bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar kolej, Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada Januari lepas.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menetapkan tarikh berkenaan semasa pengurusan kes itu hari ini dan turut menetapkan 17 Julai untuk sebutan semula kes.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bekas pekerja salon itu, K. Vaitheswaran, 21, dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai kira-kira pukul 3 pagi 20 Januari lepas.

Advertisement

Dalam kejadian itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan sehingga SUV jenis Mazda CX-5 itu hilang kawalan dan terjunam ke laut.

Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibacakan ke atasnya kali pertama pada 11 Februari dan dibenar ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes berkenaan selesai.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Afiqah Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam  S. Parameswaran. – Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago