Categories: Terkini

Lim: Minta Najib pulangkan wang 1MDB, bukan Muhyiddin, Mukhriz

PUTRAJAYA, 28 Jun — Gesaan supaya mendapatkan semula wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada pemimpin Pakatan Harapan yang dahulunya pemimpin Umno tidak masuk akal kerana wang tersebut tidak memasuki akaun peribadi mereka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurut Lim, siasatan untuk menjejak semula wang daripada kewangan 1MDB yang sedang giat dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melibatkan akaun peribadi bekas pemimpin Umno itu yang kini dalam Pakatan Harapan.

Loading…

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dilaporkan menggesa Lim untuk mendapatkan semula wang yang mengalir keluar dari 1MDB dan ia harus dimulakan dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya pun tidak tahu kenapa hendak minta duit kepada Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Mereka ada terima wang? Ada masuk akaun peribadi mereka atau tidak?

Advertisement

“Jadi itulah, kadang-kadang bukan cakap saya tidak mahu jawab tetapi (gesaan) ini tidak masuk akal sama sekali kerana tidak masuk akaun peribadi mereka jadi kenapa hendak tujukan ke atas mereka?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konsultasi Belanjawan 2020, di sini semalam.

Lim turut mempersoal Presiden Gerakan itu yang tidak menggesa aliran wang yang masuk ke dalam akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dipulangkan.

Lim berkata senarai 41 individu dan entiti yang terlibat dalam aliran wang berkaitan 1MDB seperti didedahkan SPRM baru-baru ini adalah senarai awal dan terdapat nama lain yang belum diumumkan termasuk persatuan pengamal media.

“Jadi biar kita tunggu kemungkinan besar banyak nama-nama lagi. Janganlah kerana nama tidak ada dalam senarai awal bermakna boleh terlepas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim, yang dikecam berikutan paparan kaligrafi bahasa Cina yang digantung pada dinding di pejabatnya, menyifatkan ia adalah permainan rasis oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana paparan itu disiarkan sempena menyambut Tahun Baru Cina lepas. — Bernama

Advertisement

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago