Categories: Hiburan

Cabar timbalan speaker, Tajuddin digantung empat hari

Dewan Rakyat hari ini menggantung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) selama empat hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas pemimpin Umno dengan sengaja menimbulkan kekecohan.

Tajudin berulang kali engkar terhadap arahan timbalan speaker Nga Kor Ming untuk beliau terus bertanyakan soalan daripada terus membazirkan masa.

Pertengkaran mereka tercetus pada sesi soal jawab apabila Tajuddin mempersoalkan ketiadaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika ingin bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Loading…

Salahuddin sebelum itu telah menjawab soalan Nombor 2 yang dikemukakan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-UMNO Kota Tinggi) sebelum keluar Dewan.

Advertisement

Menteri (Salahuddin Ayub) ada di sini untuk menjawab soalan nombor dua tetapi meninggalkan satu soalan sebelum saya,” kata Tajuddin yang mengemukakan soalan Nombor 6.

“Pasir Salak (Tajuddin) ingin rekod di sini, kekesalan saya menteri pertaninan (Salahuddin Ayub) yang ada di sini jawab soalan dua, tunggu sampai hanya untuk satu lagi soalan.

“Ini tidak menghormati, tidak menghormati rakyat,”.

Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker meminta Tajuddin untuk tidak terus membazirkan masa dan terus bertanyakan soalannya.

Tajuddin yang tidak berpuas hati mendakwa Kor Ming sebagai memihak (partisan) dan meminta beliau berlaku adil sebagai Timbalan Speaker.

Advertisement

Terdapat beberapa ahli parlimen pembangkang cuba mempertahankan Tajuddin dan berkata bahawa Nga tidak konsisten dalam keputusannya.

Kor Ming menyifatkan tindakannya itu tidak senonoh dan tidak bertanggungjawab walaupun sudah diberikan masa secukupnya untuk bertanyakan soalan.

“Pasir Salak sengaja mengundang kekecohan, inilah sikap beliau yang tidak bertanggungjawab, yang menghina majlis dan inilah teladan buruk yang kita jangan pelajari.

“Sila duduk, saya bacakan perintah tetap. Peraturan Mesyuarat 44(2), Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan menghina majlis mesyuarat atau tidak mengendahkan kuasa Pengerusi, keluar dari majlis mesyuarat dari tempoh tidak melebihi 10 hari, ahli majlis itu perlulah serta-merta keluar daripada mesyuarat.

“Saya telah memberi peluang kepada Pasir Salak (Tajuddin) untuk bertanyakan soalan, namun terus melemparkan tuduhan kepada menteri dan timbalan menteri. Jadi Bentara sila jalankan tugas, saya arahkan Pasir Salak keluar. Dengan ini, Pasir Salak digantung dua hari,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Advertisement

Keputusan itu menyebabkan Tajuddin tidak berpuas hati dan terus mempersoalkan tindakan Timbalan Speaker yang didakwanya menghalangnya bertanyakan soalan tambahan.

Ini menyebabkan Kor Ming membuat keputusan lebih tegas.

“(Tajuddin) sudah diberi peringatan berkali-kali, tetapi tetap berdegil, saya sudah bagi dua hari (gantung hadir sidang) tetapi beliau ingkar, jadi jadi empat hari,” kata Kor Ming.

Selepas itu, sesi soal jawab diteruskan dan Tajuddin hanya keluar Dewan selepas tamatnya sesi berkenaan.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

38 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago