Categories: Terkini

Najib persoal integriti Kit Siang selepas membisu isu forex

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata dirinya masih mempunyai integriti dan masih waras.

Najib mempersoalkan mengapa pemimpin DAP itu berdiam diri selepas kerajaan mengambil keputusan untuk tidak akan mengambil tindakan lanjut ke atas dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal forex 1990-an.

Loading…

Najib berkata Lim selama bertahun-tahun sebelum ini pernah menuduh ada skandal di sebalik kerugian RM31.5 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing pada 1992 hingga 1994.

“Bertahun-tahun Kit Siang pernah tuduh ada skandal dan mendesak RCI untuk kerugian RM31.5 bilion (bernilai RM100 bilion duit sekarang) untuk dijalankan.”

Advertisement

“Siap menulis dan menjual buku bernama “Skandal kerugian Bank Negara dalam urusniaga matawang asing sebanyak RM30 billion”.

“Sekarang RCI telah dijalankan. Hasil RCI dah ada.”

Najib turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak meneruskan tindakan ke atas keputusan RCI tersebut.

“Tapi kerajaan PH tak teruskan tindakan ke atas keputusan RCI itu.”

“Bukan sebarang siasatan tapi siasatan DiRaja yang menyeluruh, telus dan terbuka di mana prosiding setiap hari dilaporkan dengan meluas oleh media.” Tulis najib lagi di Facebooknya.

Advertisement

Bersama tulisan tersebut Najib turut memuatnaik gambar tertera “The Bank Negara RM30 Bilion Forex Losses Scandal” berserta nama Lim Kit Siang.

Najib mendakwa pemimpin DAP itu pernah menulis dan menjual buku mengenai peristiwa itu dan berkata jika Lim mendakwa dirinya ada integriti, adakah dia akan meminta maaf kepada pembaca bukunya, atau mengaku sudah terlupa mengenainya.

“No Further Action (NFA) tanpa sesiapa perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan dana ini amatlah besar iaitu sebanyak 20% dari KDNK negara untuk tahun-tahun itu” kata Najib lagi di Facebook.

“Satu sen pun tak dapat kembali. Satu sen aset pun tak ditinggalkan. Lim pula membisu seribu bahasa. Buat-buat tak nampak.”

“Kit Siang pula membisu seribu bahasa. Buat-buat tak nampak.” Soal Najib lagi.

Advertisement

Najib berkata masih belum terlambat untuk Lim mengaku jika pernah terlupa menulis buku tesebut.

“Masih belum terlewat kalau Kit Siang sekarang mahu mengaku dia sudah tak waras dan oleh itu, telah terlupa pernah tulis buku itu.”

Sebelum ini laporan setebal 400 muka surat telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 November 2017.

RCI tersebut berkata bekas penasihat BNM, bekas menteri kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab atas kerugian itu.

RCI turut mengesyorkan polis menyiasat perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan juga Anwar Ibrahim yang menggalas portfolio termasuk juga ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. – Malaysian Update

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago