Categories: Terkini

Tidak mahu rakyat terus dibohongi, saya rela masuk Tanjung Rambutan

IPOH – “Biarlah masuk Tanjung Rambutan daripada saya masuk ke neraka kerana berbohong kepada bangsa, agama dan negara,” itu respon bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman menjawab saranan dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menghargai kenyataan balas itu yang sekali gus membuktikan bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mencadangkan penubuhan Bersatu.

Loading…

Katanya, pendedahan tersebut dibuat kerana tidak mahu rakyat terus dibohongi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau akhirnya mengakui bahawa memang Lim Kit Siang ada mencadangkan penubuhan satu lagi parti Melayu untuk menarik 10 peratus undi UMNO.

Advertisement

“Saya agak hairan kenapa setelah mengakui, Dr Mahathir mencadangkan supaya saya dan Datuk Seri Najib masuk ke Tanjung Rambutan,” katanya dalam kenyataan media hari ini, lapor Sinar Harian.

Semalam, Dr Mahathir dalam sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya secara sinis mencadangkan supaya individu yang mengatakan penubuhan Bersatu dicadangkan Kit Siang supaya masuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

Terdahulu, Hamidah mendedahkan beliau ialah pemberi maklumat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Kit Siang untuk Dr Mahathir menubuhkan Bersatu.

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

4 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

24 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago