Categories: Terkini

Sultan Brunei berkenan menerima menghadap Azmin

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-73.

Mohamed Azmin memuat naik melalui Twitter gambar beliau mengadakan perbincangan dengan Sultan Brunei.

Loading…

Mohamed Azmin menyifatkan pertemuan dengan baginda sebagai produktif sambil melahirkan keyakinan bahawa hubungan erat antara Brunei dan Malaysia kekal utuh.

“Menjunjung kasih KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan menerima patik menghadap sempena Hari Keputeraan Yang Ke-73. InsyaAllah, hubungan erat Brunei dan Malaysia kekal utuh dan membawa kemakmuran kepada semua rakyat,” kata Azmin.

Advertisement

“Ya ALLAH, lanjutkan usia Baginda Sultan, kekal qarar memerintah negara,” kata Mohamed Azmin yang hadir di Brunei bagi mewakili kerajaan Malaysia pada upacara sambutan keputeraan Baginda.

Melalui beberapa keping gambar yang dikongsikan, beliau bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin turut menghadiri Majlis Istiadat Menghadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Mereka berdua turut menyertai tetamu lain pada Majlis Istiadat Barisan Kehormatan yang berlangsung sempena hari keputeraan itu. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago