Categories: Mahkamah

Mahkamah lucut RM48 juta milik bapanya, Jho Low kata ‘Undang-undang rimba’

Ahli perniagaan Jho Low mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan pelucutan hak lebih RM48 juta daripada akaun bank kepunyaan bapanya, Larry Low.

Jurucakap bagi Low berkata pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad “menggunakan undang-undang rimba dalam usaha mencapai keuntungan politik.”

“Rampasan aset yang dikaitkan dengan Low adalah keputusan dari prosiding tidak sah yang dibawa oleh rejim Mahathir, di mana hasilnya telah ditetapkan dan bermotif politik, mengaburkan garis antara kuasa eksekutif dan kehakiman.

Loading…

“Rampasan ini, seperti percubaan rejim Mahathir baru-baru ini untuk merampas rumah keluarga Low yang dimiliki selama 20 tahun, terus menunjukkan strategi memalukan rejim itu dan kesanggupan untuk meninggalkan prosedur yang betul.

Advertisement

“Dengan rating penilaian yang semakin menurun, rejim Mahathir tidak memenuhi janji-janjinya berkenaan dengan hak asasi manusia atau kedaulatan undang-undang.

“Buktinya jelas: mustahil untuk mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia, di mana pilih kasih berlaku dan kuasa dan politik mengatasi hak dan kebebasan asasi,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada petang ini seperti dilapor Malaysiakini.

Pagi ini, hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Aaron Chelliah selepas tiada pihak ketiga menampakkan tuntutan ke atas aset itu.

Larry tidak hadir dalam prosiding mahkamah terbuka pagi ini. Waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

Media melaporkan pada 19 April bahawa mahkamah menetapkan tempoh notis selama tiga bulan untuk mana-mana pihak ketiga mencabar pelucutan hak itu.

Advertisement

Baca: Mahkamah benar k’jaan sita RM48 juta milik bapa Jho Low

The Edge Markets sebelum ini melaporkan bahawa RM48 juta dalam tujuh akaun Larry berasal dari 1MDB.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 hours ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 hours ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

5 days ago