Categories: Berita Lain

Mahathir: Azmin tidak hadir pemukiman PKR ‘bukan urusan saya’

PORT DICKSON — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 malam ini, bukan urusannya.

Beliau turut menegaskan sama ada Mohamed Azmin hadir atau sebaliknya, itu adalah urusannya sendiri.

Loading…

“His business, not my business (Itu urusan dia, bukan urusan saya),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan di Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson, malam ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dijangka menyampaikan ucapan pada hari kedua sesi pemukiman itu, esok selain disertai ucapan oleh tujuh Naib Presiden yang lain.

Sementara itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik dalam kes pengedaran video seks berkaitan seorang menteri, beliau enggan mengulas mengenainya.

Advertisement

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Setakat ini lapan orang termasuk Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu. — Bernama

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago