Sunday, October 26, 2025

Bayi kembar maut tertinggal di dalam kereta

by
July 29, 2019
1 min read

Di Malaysia, insiden tertinggal anak didalam kereta akibat kecuaian sering berlaku malahan ada yang hingga menyebabkan berlakunya kematian.

Kejadian sama telah berlaku di New York, di mana seorang bapa yang bergegas ke tempat kerja terlupa untuk menghantar anak kembarnya ke rumah pengasuh dan menyebabkan pasangan kembar lelaki dan perempuan itu tertinggal di dalam kereta milik bapanya selama lapan jam.


Loading…

Kembar terbabit, Luna dan Phoenix yang baru berusia setahun di tinggalkan dibelakang tempat duduk kereta bapanya, Juan Rodriguez, jumaat lalu.

Setelah kembali dari kerjanya pada pukul 4 petang, baru dia menyedari kembar itu berada didalam keretanya. Namun segalanya telah terlambat kerana mulut kedua anaknya itu telah dipenuhi buih.

Menurut saksi, Rodriguez tidak dapat menahan kesedihan dan menjerit sekuat hati serta kelihatan macam orang hilang akal apabila melihat kembarnya itu.

Keadaan cuaca pada waktu itu adalah 30 darjah celcius malah tempat duduk bayi kembar itu lebih panas berbanding cuaca di luar.

Susulan kejadian itu, bapa kepada bayi kembar terbabit ditahan polis dan didakwa menyebabkan kecuaian dan kematian. – Malaysian Update

HANGAT MINGGU INI

Mahfud MD: Laut Natuna Utara Berisiko ‘Tergadai’ Jika Indonesia Gagal Bayar Hutang Projek Kereta Api Laju Whoosh

JAKARTA – Bekas Menteri Penyelaras Bidang Politik dan Keselamatan Indonesia bagi tempoh

Ratusan Nelayan Sampang Kepung Kapal Petronas, Bantah Aktiviti Tinjauan Minyak dan Gas

SAMPANG – Suasana di perairan Ketapang, Sampang, semalam tegang apabila ratusan nelayan