Categories: JenayahMahkamah

Peniaga terima padah bawa lari isteri orang

Seorang lelaki terima padah apabila dikatakan telah membawa lari seorang wanita walaupun mengetahui status wanita terbabit sebagai isteri orang.

Tertuduh, seorang peniaga didenda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Tertuduh, Zahari Zainul Abidin,30, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Loading…

Peniaga terbabit didapati bersalah kerana membawa lari, Masturah Said, 21, ke sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur atas niat untuk melakukan persetubuhan haram pada 4 September 2018.

Advertisement

Dia yang didakwa melakukan kesalahan terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, laporan polis dibuat oleh suami wanita terbabit selepas mendapati isterinya keluar dari rumah.

Menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima suami wanita terbabit, dia diminta untuk memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun isterinya. Namun, Suami wanita terbabit hanya memasukkan RM3,000 ke dalam akaun berkenaan.

Lokasi tertuduh dan wanita terbabit dikesan di sebuah hotel di Kuala Lumpur oleh suaminya sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis.

Peguam yang mewakili tertuduh memohon agar hukuman anak guamnya diringankan atas alasan tertuduh telah insaf dengan perbuatannya dan beliau juga perlu menanggung keluarga serta hanya berpendapatan RM1,500 sebulan.

Advertisement

Sejurus mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman dengan memerintah tertuduh agar membayar denda RM2,000 atau penjara empat bulan jika gagal membuat bayaran. – Malaysian Update

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 hour ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

5 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago