Categories: Mahkamah

Pegawai bank mengaku guna duit sendiri untuk kawal atur akaun Najib

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai bank yang menguruskan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk mengawal atur akaun itu pada 2014.

Joanna Yu Ging Ping, 48, bekas pengurus perhubungan AmBank, berkata akaun itu telah terlebih pengeluaran sebanyak RM55,000 disebabkan pengeluaran cek RM80,000 tanpa baki yang mencukupi, dan dia terpaksa mengambil langkah itu untuk mengelakkan cek tersebut menjadi cek tendang.

Loading…

Yu berkata dia terpaksa menggunakan wang sendiri kerana dia tidak memperoleh dana daripada Josie, setiausaha kepada ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa Low Taek Jho, atau Jho Low, dan rakannya Kee Kok Thiam.

Saksi ke-54 pendakwaan itu memberitahu demikian semasa pemeriksaan balas oleh Harvinderjit Singh iaitu peguam yang mewaili Najib pada hari ke-46 perbicaraan bekas perdana menteri itu.

Advertisement

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit membaca beberapa petikan perbualan melalui BlackBerry Messenger antara Yu dan Low.

Harvinderjit: Ini berlaku pada 29 September 2014. Yu menghubungi Low dan memberitahunya tentang perlunya untuk wang tunai didepositkan ke dalam akaun Najib di AmBank.
Yu: Ya

Harvinderjit: Low kemudian mengarahkan anda untuk menghubungi Kee Kok Thiam bagi menyediakan dana, tetapi diberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Beliau berada di Melaka.
Yu: Ya

Harvinder berkata disebabkan ketiadaan Kee, Low telah mengarahkan saksi tersebut untuk menghubungi Josie tetapi setiausaha itu juga berada di luar kawasan dan hanya boleh mendepositkan wang pada hari berikutnya.

Advertisement

Saksi itu bersetuju dengan Harvinderjit bahawa dia kemudian memberitahu Josie bahawa dia mungkin perlu membantu Low untuk menyediakan dan itu terlebih dahulu.

Harvinderjit: Sekali lagi saya mengatakan RM55,000, wang itu daripada anda. Dan Josie membayar balik kepada kamu keesokan harinya?
Yu: Ia mungkin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. – Bernama

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago