Categories: Terkini

Tak puas hati isu tempat duduk, Najib sindir Mujahid

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya masih tidak berpuas dengan hati penjelasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa mengenai protokol kedudukan kerusi bekas perdana menteri bagi istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib mendakwa yang Mujahid menuduh beliau sendiri yang mahu ditempatkan di tempat duduk pembesar.

“Dia tuduh saya sendiri yang nak ditempatkan di tempat duduk pembesar dan lepas itu saya sengaja tak nak bawa pakaian istiadat Orang Besar untuk jadikan alasan tak hadir.” katanya lagi.

Loading…

Najib yang juga bekas presiden Umno itu turut menyoal Mujahid sama ada beliau faham istiadat istana atau tidak.

Advertisement

“Macam-macam keluar dari mulut kekanda ini. Cuba tanya dia, jika dia faham istiadat istana atau tidak?

“Tanya dia kalau mengikut protokol susunan kekananan, bekas perdana menteri patut ditempatkan di mana?” soal Najib di laman sosialnya.

Terdahulu, Najib mendakwa beliau tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduk beliau telah ditukar.

Najib berkata tempat duduk yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang menyebabkan beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian istiadat kerana menurut Najib, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri adalah tidak sama

Semalam, Mujahid yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 menjawab dakwaan Najib berhubung tempat duduknya telah ditukar, berkata tempat duduk bekas perdana menteri itu telah ditetapkan dan tidak pernah ditukar pada saat akhir.

Advertisement

“Isunya bukan dialih. Isunya (kerusi Najib) sudah ditetapkan. Kemudian Najib sendiri beri alasan dia kena duduk di tempat Orang Besar Pahang. Dia kena tukar baju. Itu masalah dia. Kita sudah maklum lebih awal,” kata Mujahid lagi.

Baca: Menteri nafi tempat duduk Najib di pertabalan Agong telah ditukar saat akhir

Najib yang terus mempertahankan dakwaannya bahawa kerusi untuknya ditukar pada saat akhir secara sinis menyindir Mujahid supaya tidak memandai-mandai membuat tuduhan terhadapnya.

Baca: Isu tempat duduk Najib: ‘Itu lah tempat dia’ – Tun Mahathir

“Tak payahlah nak memandai menuduh. Anda cuma pandai tulis warkah sahaja,” tulis Najib lagi. – Malaysian Update

Advertisement

Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

10 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago