Categories: Terkini

Bantah khat di sekolah, polis siasat Dong Zong

Enam laporan polis berhubung isu Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) telah diterima setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

“Kami juga telah membuka kertas siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman (USJT) D5,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu Dong Zong di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dekat sini.

Loading…

Sebelum ini, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim dilapor berkata, badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular, selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.

Sebagai respons, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Selasa melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’, kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.

Advertisement
Dr Zakir Naik (kiri) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya telah menerima sebanyak 115 laporan polis, serta membuka kertas siasatan berhubung isu kehadiran pendakwah Dr Zakir Naik di negara ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan,” katanya.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata masalah yang dihadapi kerajaan ialah Zakir tidak boleh dihantar balik ke negara asalnya, India, kerana bimbang dibunuh.

Bagaimanapun, beliau terbuka kepada sebarang cadangan untuk menghantar Zakir ke mana-mana negara yang mahu menerima penceramah itu.

Antara kenyataan kontroversi Zakir ialah semasa ceramahnya pada 3 Ogos, di mana beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Dr Mahathir.

Beliau juga turut dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap masyarakat Cina di Malaysia sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini. — Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

48 mins ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

24 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago