Categories: Terkini

‘Zakir tidak boleh lagi tinggal di Malaysia’

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenyataan kontroversi pendakwah Dr Zakir Naik kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kebimbangan itu, jelas kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu dibangkitkan mereka dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Loading…

“Kami telah suarakan pendirian kami iaitu tindakan mesti diambil dan Zakir Naik tidak boleh lagi dibenarkan tinggal di Malaysia.

“Perdana Menteri ambil maklum kebimbangan kami. Kami serahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan dan seterusnya membuat keputusan secepat yang mungkin untuk menangani masalah ini,” kata kedua-dua menteri itu dalam kenyataan bersama yang diedarkan seperti dilaporkan Astro Awani.

Advertisement

Gobind yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Kula Segarsan yang juga Menteri Sumber Manusia juga menegaskan bahawa Zakir Naik haris diusir dari Malaysia ekoran kenyataannya mengenai penganut Hindu di negara ini.

Kedua-dua menteri berkenaan juga menegaskan kebimbangan yang disuarakan banyak pihak mengenai ceramah dan kenyataan yang dibuat Zakir Naik yang boleh mencetuskan kekacauan agama.

Pada Selasa, Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh mengusir Zakir Naik kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu.

Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, sekiranya ada mana-mana negara yang mahu menerima penceramah berasal dari India itu, maka mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

9 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago