Categories: Pilihan Editor

Hantar surat minta berdamai tapi Anwar tidak layan, kata Zuraida

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan permintaan mereka yang tidak dilayan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara punca beliau dan beberapa pimpinan lain tidak menghadiri mesyuarat parti.

Menurut Zuraida, sebanyak tiga pucuk surat telah dihantar kepada Anwar untuk membolehkan beliau dan beberapa pemimpin lain bertemu tetapi permintaan itu tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.

Loading…

“Untuk peringkat awal cukup saya katakan ada beberapa perkara yang kita buat permintaan pada presiden (Anwar) yang setakat ini beliau belum tunaikan.

“Ia adalah untuk bertemu presiden. Permintaan itu untuk kita berdamai dan selesaikan beberapa perkara…ia pertemuan presiden bersama anggota Majlis Pimpinan Pusat yang dipilih dalam pemilihan parti,” katanya.

Advertisement

Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditemui media selepas melancarkan Kayuhan Wanita 2019 Semarak Dasar Komuniti Negara di kementeriannya di sini hari ini, surat-surat itu dihantar ke pejabat presiden dan hanya surat pertama dijawab yang menyatakan Anwar ke Makkah.

Anggota Parlimen Ampang itu berkata mereka kemudiannya menghantar surat kedua, disusuli surat ketiga pada Isnin lepas tetapi sehingga kini kesemua surat berkenaan tidak mendapat maklum balas daripada presiden PKR itu.

Selain Zuraida, beberapa pimpinan yang disifatkan berada di kem Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk Pengerusi PKR Selangor yang juga Menteri Besar Amirudin Shari tidak hadir ke beberapa mesyuarat parti termasuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada Ahad lepas. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago