Jatuh Menjunam Gara-Gara Kontroversi Isu Palestin, Syamimia Hilang Lebih 168,300 Pengikut Di TikTok

Pempengaruh media sosial, Syamimia dilapor teruk menerima kecaman oleh para pengguna media sosial selepas didakwa tidak cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin ketika ini.

Gara-gara kontroversi tersebut, dia kehilangan lebih 168,300 pengikut di laman sosial TikTok.

Jumlah tersebut dikatakan semakin menurun dari masa ke semasa selepas semakin ramai netizen bertindak untuk tidak lagi mengikuti pempengaruh yang mesra dipanggil Mimi itu.

Seorang pengguna laman X, @mrfirdausjailan memuat naik video menunjukkan jumlah pengikut Syamimia di TikTok mengalami penurunan hampir setiap saat, dari angka 1.1 juta menjadi bawah sejuta.

Advertisement

“Syamimia ok tak tu? Palestin dengan Malaysia ni ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa. Nahh sekarang kau hiduplah dengan title ‘influencer’ kau tu. Dua hari je terus jatuh bawah sejuta pengikut,” tulisnya.

Jangan main-main ya pasal Palestin orang Malaysia ni bagai cubit peha kiri peha kanan terasa. Apa apa kenyataan bodoh tentang Palestin, mereka (rakyat) akan fight.

Netizen menasihati Mimi untuk menerima kesan daripada kata-kata yang dikeluarkannya di mana ramai dikatakan sudah mula rasa meluat.

Difahamkan tindakan yang dibuat netizen ini susulan daripada isu Syamimia yang enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesederan mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Palestin.

Syamimia menjelaskan bahawa dia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu itu di media sosial.

Menurut Syamimia lagi, dia ada berhasrat untuk memberi sumbangan seperti yang dilakukan oleh beberapa pempengaruh lain yang mempunyai nama besar, tetapi buat masa ini dia hanya mampu mengirimkan doa kepada rakyat Palestine.

Advertisement

Video tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas mendapat kritikan dan kecaman bertalu-talu netizen yang tidak bersetuju dengan penjelasannya itu.

Syamimia kemudiannya tampil menerusi siaran langsung pada malam Isnin untuk memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai di atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terasa hati.

Meskipun sudah memohon maaf, namun segelintir netizen masih tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut dan mereka bertindak beramai-ramai untuk ‘unfollow’ akaun milik Syamimia di TikTok.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago