Categories: Kemalangan

Kebakaran tujuh motosikal di Jalan Klang Lama bukan khianat – Polis

Kebakaran melibatkan tujuh buah motosikal pelbagai jenis di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi bukan disebabkan perbuatan khianat, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kesemua motosikal pelbagai jenis itu terbakar kerana berada dalam kedudukan yang terlalu rapat antara satu sama lain.

Loading…

“Pihak bomba telah menjalankan siasatan dan mendapati ia tiada sebarang unsur-unsur khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mazlan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki di pangsapuri itu, pada 2.38 pagi tadi dan kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Advertisement

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini untuk menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Rozymi Mohd Alwi di talian 010-225 8252 atau Insp V. Yoges Kumar di talian 019-619 2726, serta hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata punca kebakaran berkenaan masih dalam siasatan.

“Kebakaran berlaku di tempat letak motosikal dan anggaran kemusnahan adalah 100 peratus musnah manakala api dapat dikawal pada 2.53 pagi tadi serta padam sepenuhnya pada 3.10 pagi tadi,” katanya. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

16 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago