Thursday, September 11, 2025

Anak Musa Aman kini sah wakil rakyat Bersatu

September 18, 2019
1 min read
Yamani Hafez receiving his Bersatu membership card from Dr Mahathir.

Anak Tan Sri Musa Aman hari ini menerima kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yamani Hafez Musa yang juga ahli parlimen Sipitang menerima kad keahlian dalam satu majlis tertutup di antara Dr Mahathir dan pimpinan Bersatu Sabah, lapor Projek MM.


Loading…

“Hafez akan duduk bersama kita sebagai penyokong kerajaan dan bukan lagi wakil Bebas,” kata Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Ronald Kiandee.

Bekas ketua pemuda Barisan Nasional Sabah memohon menyertai Bersatu pada Januari lepas namun tidak diterima secara langsung.

Bersatu Sabah kini memiliki lima ahli parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri menajdikannya kedua terbesar selepas Parti Warisan Sabah.

HANGAT MINGGU INI

Wanita lari dari polis, langgar anggota polis dengan kenderaan curi berjaya ditahan

KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan

3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai, Polis Cari Mana keluarga Sarah?

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10 tahun telah diselamatkan oleh orang awam