Connect with us

Terkini

3 Hari Tinggal Dalam Kereta Tersadai, Polis Cari Mana keluarga Sarah?

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10 tahun telah diselamatkan oleh orang awam selepas dipercayai ‘tinggal’ bersendirian di dalam sebuah kenderaan sejak tiga hari lalu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Sarah itu dikatakan bersendirian di dalam sebuah kereta di Taman Suria, Penampang di Sabah. Susulan daripada insiden itu, orang awam kemudian membawa Sarah ke Balai Polis Penampang untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Penampang iaitu Mohd Haris Ibrahim, kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai identiti pengelanan diri namun berdasarkan pertanyaan lisan, dia dipercayai berbangsa Suluk.

Oleh hal demikian, pihak polis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Sarah boleh hubungi IPD Penampang di talian 088 712222 atau terus ke Balai Polis Penampang. Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak polis mengenalpasti serta mengesan keluarga atau waris kanak-kanak ini.

Advertisement

Sumber: Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel