Categories: Jenayah

Lelaki menyamar jadi polis, pegawai muzium ditangkap

Seorang lelaki, yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di sekitar Brickfields dan Sentul, dengan menyamar sebagai pegawai kanan polis dan pegawai Muzium Diraja, ditahan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata lelaki berumur 36 tahun itu dikesan berada di Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan menerusi Op Cantas Daerah Brickfields pada Selasa lepas.

Loading…

“Polis berjaya menahan suspek selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di bahu jalan di kawasan Ayer Keroh, Melaka.

“Polis merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, satu dompet, dua kad pengenalan milik mangsa, dua lesen memandu milik mangsa dan sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.Iklan

Advertisement

Zairulnizam berkata siasatan mendapati suspek aktif melakukan penyamaran sebagai penjawat awam dengan menggunakan identiti ‘Tuan Am’ dan ‘Tuan ASP Wan Faizul’.

Katanya dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes dikaitkan dengan suspek di sekitar Brickfields dan Sentul.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dengan trend jenayah semasa dan tidak mudah mempercayai individu yang mengaku sebagai penjawat awam tanpa menunjukkan apa-apa pengenalan diri yang sah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

17 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago