Categories: Pilihan Editor

Tun M: ‘Jangan minta orang lain lakukan, Melayu sendiri kena pulihkan maruah Melayu’

Dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri, Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya.

Perdana Menteri berkata kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.

Loading…

“Jangan minta orang lain lakukan sesuatu untuk memulihkan maruah kita. Melayu sendiri kena pulihkan maruah Melayu,” katanya ketika berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan kerajaan hanya mampu menyediakan peluang untuk Melayu ambil bahagian dalam pelbagai bidang di negara ini.

Advertisement

Bagaimanapun, usaha untuk memulihkan maruah Melayu sukar sekiranya bangsa itu sendiri tidak mahu berusaha mengambil dan menggunakan peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya.

“Maruah Melayu bergantung kepada pencapaian kita sendiri. Kalau kita mampu tadbir negara dengan baik, gunakan peluang yang ada dengan baik, bekerja dengan baik, mampu keluarkan barang pengguna, tiada siapa boleh jatuhkan maruah kita,” katanya.

Dr Mahathir berucap di hadapan ribuan hadirin termasuk para pemimpin parti politik Melayu, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan apa yang disifatkannya kehadiran Melayu yang “sedar” di majlis itu.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana maruah Melayu dipandang hina atas kesalahan mereka sendiri.

Dari segi politik, Dr Mahathir berkata walaupun Melayu merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara ini iaitu 60 peratus daripada jumlah penduduk (32 juta orang), perpecahan orang Melayu kepada kumpulan kecil menyebabkan mereka gagal memegang kuasa politik di negara sendiri.

Advertisement

Ini kerana mereka tidak mampu mendapat 50 peratus daripada sokongan rakyat, katanya.

Susulan perpecahan itu, katanya lagi, orang Melayu terpaksa bergadai kuasa dan bergantung kepada orang lain untuk mendapat sokongan rakyat.

Dari segi ekonomi, perdana menteri berkata kegagalan orang Melayu merebut peluang yang ada menyebabkan orang asing mengambil peluang tersebut dan memajukan diri mereka sehingga menjadi kaya di negara ini.

“Kita bergantung kepada orang lain sehingga kita diperhambakan. Mereka lebih maju dan capai kemajuan kerana peluang di negara kita tidak diisi dan kita tidak sanggup lakukan kerja tertentu sebab kerja ini dianggap sebagai hina, bahaya, berat, kotor dan sebagainya,” katanya. –Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago