Categories: Pilihan Editor

Permohonan Salleh sertai PKR ditentukan mesyuarat biro politik – Wan Azizah

Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menganggotai PKR akan ditentukan menerusi perbincangan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita akan pertimbangkanlah kemasukan (Salleh) sebab dia ada sensitiviti masing-masing dan walaupun PM (Perdana Menteri) kata tiada salahnya untuk melompat parti, namun ada juga yang merasakan bahawa mungkin kita akan melihat apa yang belakang (tujuan) lompat parti ni kan.

Loading…

“Kita akan bincangkan sama ada beliau diterima atau tidak. Maksud saya, kami menerima permohonan beliau, diterima sebagai ahli anggota atau tidak itu akan dibincangkan di (mesyuarat) Biro Politik,” katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan semua anggota PKR harus bersifat terbuka dalam menerima kemasukan tokoh yang dapat memberi manfaat kepada parti.

Advertisement

Kenyataan beliau itu susulan daripada luahan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Mustapha Sakmud yang menyatakan beliau terkesan dan merasai kebimbangan pimpinan serta ahli parti seluruh negeri itu dengan permohonan Salleh Said untuk menyertai PKR. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

16 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

17 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago