Categories: Pilihan Editor

BN Rampas Tanjung Piai Dengan Majoriti 15,086 Undi

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Wee Jeck Seng kembali merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan keputusan cemerlang pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di sini hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Jeck Seng berjaya mengenepikan saingan daripada lima calon lain selepas dua minggu tempoh berkempen dengan kelebihan majoriti sebanyak 15,086 undi.

Loading…

Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh undi 25, 466 mengatasi Karmaine Sardini (Pakatan Harapan) yang memperoleh 10,380 undi, Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) sebanyak 1,707 undi dan Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dengan 850 undi.

Manakala dua lagi calon bebas, Dr. Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar pula masing-masingnya memperoleh 380 undi dan 32 undi.

Terdahulu, keputusan rasmi PRK Parlimen Tanjung Piai itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan undi PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini sebentar tadi.

Advertisement

PRK kali ini turut menunjukkan peratusan keluar mengundi lebih 74.5 peratus daripada 52,471 jumlah pemilih yang berdaftar.

Sebelum ini, kerusi Parlimen berkenaan disandang oleh PH, iaitu Allahyarham Datuk Dr. Md Farid Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Dr. Md Farid berjaya memenangi kerusi itu dengan kelebihan 524 undi mengalahkan penyandangnya iaitu Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen bagi dua penggal di Tanjung Piai.

Jeck Seng yang juga anak jati kelahiran Pontian dilahirkan pada 20 April 1964 (55) dan memulakan karier politiknya dengan menyertai MCA pada 1989 sebelum bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas dan mengalahkan Tan Hang Meng (DAP) pada PRU11, Mac 2004.

Pada PRU12, beliau sekali lagi menang sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai dengan mengalahkan Ahmad Ton (DAP) dengan majoriti 12,371 undi. – Sinar Harian

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

6 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

10 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

15 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago