Categories: Jenayah

Padah tuduh polis minta wang, pemandu lori direman tiga hari

Pemandu lori yang membuat provokasi dan menuduh polis meminta wang telah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi melengkapkan siasatan.

Loading…

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita yang juga isteri suspek yang merakam insiden itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

“Kita mendapat reman suspek berusia 33 tahun itu sehingga Isnin ini untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam.

“Isterinya yang berusia 29 tahun pada awalnya ditahan telah dilepaskan dengan jaminan atas faktor kemanusiaan kerana keadaannya yang sarat mengandung tujuh bulan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Advertisement

Menurutnya, tindakan Ketua Polis Balai Lahat, Sub Inspektor Zulkifli Md Asid menahan lori itu bertepatan apabila suspek membawa muatan rangka kereta tanpa ciri keselamatan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Ada persepsi apabila polis tahan kononnya kita nak minta duit. Itu satu tohmahan yang tidak adil dilemparkan kepada kami.

“Zulkifli merupakan anggota berpengalaman yang berkhidmat dalam PDRM selama 39 tahun berjaya mengawal diri dan situasi secara profesional,” katanya.

A Asmadi berkata, orang ramai dapat hentikan penularan video berkenaan bagi melicinkan proses siasatan tanpa sebarang provokasi tambahan.

“Pihak IPD Ipoh sentiasa mengalu-alukan masyarakat yang menghadapi masalah berjumpa kita menerusi program Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan setiap Jumaat.

Advertisement

“Orang ramai boleh berjumpa saya atau ketua-ketua bahagian untuk menyuarakan apa jua permasalahan yang boleh kita beri pertimbangan sewajarnya,” katanya. – Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago