“Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

SPRM hari ini mendedahkan rakaman perbualan telefon membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor bersama Datuk Seri Najib Razak.

SPRM yang menyakini ketulenan rakaman video tersebut mendedahkan kandungan rakaman itu kepada media hari ini yang dilapor merupakan rakaman pada 27 Julai 2016 pada 12:46 pagi.

Loading…

Menurut rakaman perbualan telefon yang tidak diketahui penghantarnya kepada SPRM, Rosmah Mansor dikatakan berang dan tidak berpuas hati semasa membuat panggilan kepada suaminya Najib Razak pada 27 Julai 2016.

Rosmah: Hi.

Advertisement

Najib: Hi.

Rosmah: Apa cerita? Boleh saya nasihatkan kamu, boleh saya nasihatkan kamu tentang sesuatu?

Najib: Sebentar… ya, ada apa-apa?

Rosmah: Kamu, jangan, dengar cakap saya, mereka beritahu kamu untuk jaga (Ketua Pesuruhjaya SPRM) Abu Kassim Mohamed. Dia banyak membuat kenyataan (audio tidak jelas) ambil gambar dengan Pak Lah apa semua.

Mereka buatnya, jadikannya seperti wira, dan kamu pula jadi penjahat. Dan semua lima orang ini, bolehkah mereka lihat keutamaan mereka adalah kamu, bukan orang lain?

Advertisement

Najib: Siapa mereka?

Rosmah: Pejabat kamulah. Shahlan dah yakin, Tengku dah yakin, Ahmari dah yakin. Macam kita dah jadi penjahat.

Najib: Tidak, tidak, tidak, saya benarkan Azwan membuat kenyataan, kesannya baik.

Rosmah: Tidak, Azwan OK. Hari ini Abu Kassim di Berita Harian dan mereka benarkan Abu Kassim ambil gambar dengan Pak Lah.

Dan ada muka dia nak berterima kasih kepada Pak Lah dan semua orang lain kecuali kamu. Ini tidak adil.

Advertisement

Najib: Hmm, hmm, faham.

Rosmah: (tidak jelas)

Najib: Tidak, saya sudah tandatangani surat pelantikan Dzul.

Menerusi rakaman itu nama Dzul dipercayai merujuk kepada Dzulkifli Ahmad bekas ketua pesuruhjaya SPRM sebelum digantikan oleh Latheefa Koya.

Dzulkifli Ahmad sebelum itu telah dilantik untuk menggantikan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016.

Advertisement

Terdahulu melalui rakaman didedahkan Dzulkifli yang pada waktu itu berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, telah menelefon Najib untuk memaklumkannya mengenai kertas siasatan yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

Latheefa percaya bahawa Azwan merujuk kepada “Azwan Bro”, yang adalah nama panggilan kepada Senator Khairul Azwan Harun manakala pegawai-pegawai Najib yang dinamakan oleh Rosmah adalah bekas pegawai khas Amhari Efendi Nazaruddin, bekas setiausaha akhbar Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dan bekas setiausaha politik Shahlan Ismail.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

2 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

17 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

21 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago