Categories: Terkini

Tak kunyah sampai hancur jadi punca pearl bubble tea tersangkut dalam usus hingga terpaksa jalani pembedahan

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Henan, dikejarkan ke hospital selepas mengadu kesakitan perut yang luar biasa. 

Remaja itu diperiksa dan menjalani imbasan x-ray sebelum pihak hospital mendapati ususnya cedera..

Loading…

Doktor yang mengendali kes itu, Zhang berkata, ketika pembedahan dilakukan, mereka menemui dua bendasing dengan saiz berbeza di dalam usus yang menyebabkan pesakit mengalami sakit perut yang luar biasa. 

Selepas selamat menjalani pembedahan, beberapa hari kemudian, pesakit itu mula ‘mengeluarkan’ benda-benda asing yang tersisa di dalam ususnya. 

Advertisement

Difahamkan, remaja berkenaan minum minuman ‘bubble tea’ dua kali dalam seminggu sebelum mengalami masalah sakit perut.

Namun dia tidak mengunyah bebola itu sehingga hancur menyebabkan ia tersangkut di dalam usus. 

Dr Zhang menjelaskan, bebola itu adalah kanji ubi kayu dan tepung jagung yang tidak dapat dicernakan dengan mudah.

Dia juga tidak menolak kemungkinan ada bahan lain yang dicampurkan dalam bebola itu menyebabkan ia sukar dicernakan. 

Dr Zhang menasihatkan ibu bapa untuk mengawal pengambilan minuman tersebut pada anak-anak mereka bagi mengelakkan masalah itu berlaku. 

Advertisement

Sumber: Sing TaoWorld of Buzz

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

20 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago