Categories: Terkini

Ahli Parlimen Iran tawar ganjaran RM12 juta untuk bunuh Trump

TEHERAN – Seorang ahli Parlimen Iran menawarkan ganjaran AS$3 juta (RM12 juta) kepada sesiapa yang membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Loading…

“Bagi pihak penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar sebanyak itu jika anda berjaya berbuat demikian,” lapor agensi berita ISNA semalam memetik kenyataan, Ahmad Hamzeh ketika beliau memaklumkan tentang perkara itu di hadapan 290 ahli Majlis.

Ahmad Hamzeh

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada ganjaran tersebut ada mendapat sokongan daripada pemimpin tertinggi atau tidak.

“Jika kita mempunyai senjata nuklear, kita akan dilindungi daripada sebarang ancaman. Kita perlu meletakkan penghasilan misil jarak jauh dengan keupayaan membawa kepala peledak tidak konvensional dalam agenda negara ini. Ini adalah hak kita,” katanya lagi.

Difahamkan, bandar Kerman di wilayah selatan ibu negara adalah bandar kelahiran komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron di Baghdad yang dilancarkan di bawah arahan Trump pada 3 Januari lalu.

Advertisement

Ketegangan terus meningkat di Asia Barat selepas insiden tersebut yang membawa kepada serangan balas dendam menyasarkan pangkalan tentera menempatkan pasukan AS di Iraq pada 8 Januari lalu. – Agensi

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

18 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago