Categories: Jenayah

[Video] 2 perompak kantoi, tengah merompak tuan rumah balik

Panik melihat kepulangan tuan rumah membuatkan dua penjenayah ini kalut dan terus cuba melarikan diri sehingga sanggup merempuh kereta mangsa.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 petang kelmarin di Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, pemilik rumah dan isterinya baru pulang dari membeli barangan untuk menyambut Tahun Baharu Cina terkejut apabila mendapati pintu pagar rumah mereka terbuka dan ada sebuah kereta Mazda yang diparkirkan di depan pintu rumah. 

Loading…

Mereka kemudian memberhentikan kereta di hadapan rumah dan muncul suspek pertama yang panik terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.

Suspek merempuh kereta mangsa sebanyak dua kali dan mereka berjaya meloloskan diri. 

Advertisement

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian itu berlaku, mangsa hanya keluar sebentar dan meninggalkan rumah mereka dalam keadaan berkunci, pada jam 1.30 petang.

Pemeriksaan mendapati, ada beberapa barangan berharga hilang seperti beberapa botol minuman keras, laptop, telefon bimbit, sebentuk cincin, kamera digital dan sejumlah mata wang asing. 

Semakan ke atas nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek juga adalah nombor pendaftaran palsu. 

Polis kini sedang menyiasat dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejiranan itu.

Video dashcam dari kereta mangsa turut tersebar di media sosial yang menunjukkan dua suspek itu panik dan kelam kabut berusaha melarikan diri.

Advertisement

Video: ‘Eh? Kereta siapa ni? Camne pintu boleh terbuka?!’ – 2 perompak kantoi, rempuh kereta owner rumah

Di musim perayaan ini, orang ramai dinasihatkan sentiasa memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan berkunci.

Sekiranya berkemampuan, tingkatkan tahap keselamatan rumah anda dengan menggunakan selak manga pintu lebih dari satu, pasang kamera CCTV yang kini boleh didapati dengan harga murah dan berkualiti di laman shopping online. 

Sumber: Berita Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

24 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago