Categories: Terkini

[VIDEO] Sebab sakit hati dipanggil ‘Gemuk’, suspek cekik & bakar rakan sekerjanya sehingga…

Walaupun dituduh membunuh dan membakar jasad seorang wanita, lelaki ini tidak sedikit pun gentar atau takut. Ketika disoal siasat, suspek tetap santai melahap makanannya seperti dirinya langsung tidak bersalah. 

Ali Heri Sanjaya, 27, ditahan di Banyuwangi, Indonesia selepas mayat mangsa ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan yang mengerikan. 

Loading…

Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin, berkata, motif kejadian adalah kerana sakit hati di mana mangsa yang juga merupakan rakan sekerja suspek, selalu memanggil suspek “Boboho’ kerana badannya gemuk sehingga membuatkan suspek sakit hati. 

“Kami percaya ia berlaku disebabkan suspek sakit hati dengan mangsa yang selalu memanggilnya begitu,” katanya. 

Advertisement

Suspek turut mengaku melakukan pembunuhan itu dalam satu video viral di media sosial. 

“Hei, berselera betul kamu makan. Enak ye makanan itu?” soal polis yang merakam video tersebut. Suspek yang mulutnya penuh tidak dapat membalas pertanyaan anggota itu, hanya sekadar mengangguk. 

“Kamu tak ada perasaan ke walaupun dah bunuh dan bakar orang,” soal polis itu lagi.

Menurut keluarga mangsa, Rosida, 18, keluar dari rumah pada pagi Jumaat untuk pergi bekerja. Namun mangsa tidak pulang beberapa hari membuatkan keluarganya risau. 

Tiga hari kemudian (25 Januari 2020), mayat mangsa ditemui seorang pekebun, dalam keadaan hangus hampir keseluruhan badannya di atas timbunan jerami. 

Advertisement

Pada awal polis sukar mengesan identiti mangsa dan selepas dua hari kemudian mereka berjaya identiti sebenar mangsa berdasarkan rekod pergigian dan anggota badan dari data orang hilang. 

Pemeriksaan mendapati ada kesan cekikan di leher dan polis percaya mangsa telah dicekik sehingga mati sebelum dibakar suspek.

Suspek bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: Sosok

Advertisement
Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago