Categories: Pilihan Editor

Polis sahkan ‘jemput’ lelaki di Labuan untuk paksa jalani ujian saringan Covid-19

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi kerjasama untuk menjalani ujian saringan wabak Covid-19 di Labuan, Sabah.

Jabatan Kesihatan Daerah Labuan dilaporkan terpaksa mendapatkan bantuan polis untuk membawa warga emas yang enggan menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Lelaki berusia 68 tahun itu kontak pertama anaknya yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, hujung bulan lalu.

Dia dikehendaki menjalani ujian dan kuarantin 14 hari di Hospital Labuan, namun enggan hadir secara sukarela meskipun sudah beberapa kali diarah berbuat demikian.

Keengganannya memaksa sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan ‘menjemputnya’ di rumah di Taman Mutiara, Sungai Beduan, Bebuluh, Labuan kira-kira 4 petang semalam.

Advertisement

Loading…

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, anggotanya hadir selepas siasatan pihak Hospital Labuan yang mendapati anak lelaki warga emas itu tinggal serumah dengannya dan anak warga emas itu kini sedang menjalani kuarantin di hospital berkenaan.

Farid berkata “kekerasan secara minimum” digunakan bagi menahan individu itu, seperti peruntukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membenarkan pihak berkuasa untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu.

“Pada 17 Mac lalu, warga emas itu diarah hadir secara sukarela tetapi dia tidak mengendahkan arahan, sebelum sepasukan petugas perubatan ke rumahnya untuk membawa lelaki itu.

“Ketika itu dia juga enggan memberi kerjasama menyebabkan polis dihubungi untuk bantuan.

“Seorang pegawai dan dua anggota polis memberi bantuan kepada pihak hospital dan menggunakan kekerasan secara minimum seperti peruntukkan Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya, hari ini.

Advertisement

Video: Polis ‘jemput’ Lelaki Di Labuan Selepas Enggan Jalani Saringan Covid-19

Beliau berkata, lelaki itu berjaya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan perintah kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan.

Video lelaki dijemput polis dan petugas perubatan turut tular di media sosial sejak malam tadi.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago