Categories: Berita Lain

PKP masih dilaksana, tindakan diambil kepada yang ingkar – Ismail Sabri

Penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sedia ada masih tetap dilaksanakan, walaupun perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) diperkenalkan Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Akta 342 berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB yang akan bermula 4 Mei ini, dan tindakan akan diambil kepada mereka yang ingkar.

“PKPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam adalah berdasarkan dua kriteria utama, iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

“… tetapi tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Perlu diingatkan bahawa PKP masih terus dilaksanakan, bukan bermakna PKPB tidak ada akta lagi yang menuntut rakyat untuk patuh kepada setiap arahan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Loading…

Jelas Ismail Sabri, kerajaan cakna akan kehidupan rakyat di akar umbi dan memberi peluang kepada mereka terutama pemilik warung dan gerai untuk menjana pendapatan.

Advertisement

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan menutup mana-mana premis yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

“Kita beri peluang kepada mereka untuk cari pendapatan walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya boleh berniaga di depan rumah. Ini tidak bermakna PKP ditarik balik, ia hanya dilonggarkan.

“(Namun) Kita tidak membiarkan mereka berniaga lagi kerana melanggar SOP dikeluarkan. Tidak ada kompromi dan tolak ansur. Jika mereka langgar, kita (arahkan) tutup,” tegasnya.

Mengakui perang Covid-19 masih belum selesai, Ismail Sabri menasihati orang ramai agar terus berdisiplin dalam menjaga kebersihan diri ketika PKPB.

Katanya, normal baharu perlu menjadi budaya serta tanggungjawab individu, bukan hanya terletak di tangan kerajaan semata-mata.

Advertisement

“Inilah normal baharu, walaupun PKP ditamatkan, penjarakan sosial dan mencuci tangan dengan sabun merupakan disiplin untuk menjaga kesihatan dan keselamatan kita,” katanya.

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

9 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago