Categories: Jenayah

Ramai tampil lapor jenayah Long Tiger selepas ditahan – Ayob Khan

Ramai yang tampil membuat laporan polis terhadap Long Tiger selepas lelaki Rohingya itu ditahan dan direman sehingga esok berhubung kes pemerasan, kata Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata terdapat beberapa lagi laporan polis dibuat orang awam di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur, berhubung kesalahan lepas yang didakwa dilakukan lelaki itu.

“Apabila dia ditangkap dan direman, ramai orang awam tampil membuat laporan ke atasnya, mungkin sebelum ini orang takut hendak buat laporan, takut ada tindak balas daripada Long Tiger,” katanya ketika ditemui pemberita Johor Bahru hari ini.

Semalam, Ayob Khan menerusi kenyataan mengesahkan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 34, ditahan semula oleh polis pada Sabtu, selepas dibebaskan daripada tahanan reman yang membabitkan siasatan kes fitnah terhadap seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Long Tiger menjadi bualan warganet akhir-akhir ini kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Advertisement

Loading…

Ayob Khan berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap ‘Long Tiger’.

Berhubung seorang koperal polis bertugas di IPD Muar yang disiasat kerana dipercayai merakam gambar dan menyebarkan video penahanan Long Tiger, beliau berkata kertas siasatan terhadapnya juga sedang disiapkan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata pihaknya sudah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini, berhubung kes tempahan cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor oleh personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok.

“Kertas siasatan terhadap kes yang disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tindak Wajar) Johor 2017 sudah siap, kita tunggu DPP (Timbalan Pendakwa Raya) sama ada dituduh (Wak Doyok) atau tidak,” katanya.

Pada 30 April lepas, Ayob Khan mengesahkan Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir di IPD Iskandar Puteri bagi direkodkan keterangan selepas polis menerima laporan dibuat Kerajaan Negeri Johor pada 28 April.

Advertisement

Wak Doyok dilaporkan sudah memohon maaf kepada keluarga diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim apabila dia menempah cincin menggunakan lambang peribadi Sultan Johor berkenaan.

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

9 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago