Categories: Terkini

Kluster baharu libatkan pekerja kilang di Pedas NS

Sebanyak 60 kes positif COVID-19 dikesan melalui satu kluster yang membabitkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang berkenaan didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala, pada 5 April lalu.

Katanya, individu berkenaan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 10 April lalu, lapor BH Online.

“Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif. Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan berkenaan dijalankan.

Loading…

“Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 786 orang sudah disaring dan kesemua mereka ini terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

Advertisement

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 268 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Buat masa ini punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini.

Dr Noor Hisham berkata, kes positif bagi kluster berkenaan membabitkan tujuh rakyat tempatan dan 53 individu dari pelbagai warganegara.

“25 kes warga Nepal; Bangladesh (18); Indonesia (8) dan dua kes dari Myanmar,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

7 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

11 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

16 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago