‘Long Tiger’ didakwa pecah amanah wang RM3,500 milik pesara

Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang RM3,500 milik pesara yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang keperluan memasak dan ubah suai kedai.

Abdul Hamim Abdul Hamid, 31, dari Tangkak, Johor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Abdul Hamim, yang merupakan pengurus kedai makan, yang diamanahkan dengan harta iaitu wang masing-masing berjumlah RM2,000 dan RM1,500 milik Yazid Maarof, 69, didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap wang berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan memasak, modal pusingan untuk berniaga dan mengubah suai serta baik pulih kedai makan di Desa Jaya, Kepong.

Loading…

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Keramat Permai, di sini, pada pukul 4 petang, antara 2 dan 5 Jan 2017.

Advertisement

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh tidak boleh dijamin.

“Kewarganegaraan tertuduh masih belum disahkan. Dia tidak mempunyai kad pengenalan asal cuma kad pengenalan sementara dan ada risiko untuk tertuduh melarikan diri,” katanya.

Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, yang mewakili Abdul Hamim memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh mempunyai keluarga dan restoran di Bukit Gambir, Johor serta tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Beliau memohon jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan turut memberitahu anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Majistret Tangkak bagi kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan dan diberi jaminan RM8,000 dengan dua orang penjamin.

Advertisement

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

21 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago