Categories: Terkini

Mangsa keracunan puding buih viral di Terengganu meninggal dunia

Seorang mangsa keracunan puding buih yang dilaporkan kritikal sebelum ini disahkan meninggal dunia hari ini.

Dalam kemaskini Bernama memetik kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi tadi.

Loading…

Mangsa sebelum ini dilaporkan tenat dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu setelah mengalami simptom keracunan.

Pada 22 Mei lalu, seramai 74 individu dikenalpasti keracunan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli dari atas talian.

Advertisement

Angka itu bertambah kepada 99 mangsa pada 27 Mei melibatkan 20 keluarga berbeza. Seramai 77 daripadanya tinggal di Kuala Terengganu manakala 22 mangsa berasal dari daerah Marang, lapor BERNAMA.

“Daripada 99 pesakit itu, seramai 35 pesakit telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), 10 pesakit dimasukkan ke hospital swasta dan 23 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Seramai 31 pesakit lagi tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital, katanya.

Kebanyakan mangsa mengalami gejala yang sama termasuk cirit-birit, muntah dan demam.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago