Categories: Pilihan Editor

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Datuk Dr Shahrudin Md Salleh mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Shahrudin menegaskan beliau telah melakukan tindakan politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Loading…

“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dari kerajaan PN,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisement

Pada 1 Jun lalu, beliau ada mengeluarkan kenyataan bersedia melepaskan jawatannya di dalam kerajaan dan meninggalkan PN jika tindakan itu dapat mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Katanya, ia dilakukan demi rasa sayangnya kepada parti dan ingin melihat pengukuhan parti dan dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Bersatu.

Beliau berkata, beliau begitu menyayangi parti dan tidak mahu melihat Bersatu lemah kerana berpecah-belah serta berlaku serang menyerang yang memalukan.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

35 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago