Tun Mahathir umum jadi blok bebas bersama Warisan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memutuskan beliau serta lima lagi Ahli Parlimen kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk berada di blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.

Menurut kenyataan bersama dengan lima Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam),  Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading) hari ini, Dr Mahathir menegaskan mereka tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

Loading…

Dr Mahathir turut mengulangi pendiriannya kekal menyokong Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri.

Katanya walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri namun keputusan itu tidak melibatkan beliau dan rakan-rakannya dan Warisan.

Advertisement

“Kami masih lagi berpegang kepada cadangan yang dibuat hasil dari perbincangan antara saya dengan pemimpin Warisan, Amanah dan DAP pada 25 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya masih berpegang kepada cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang mencadangkan Shafie sebagai calon Perdana Menteri, manakala Anwar dan Mukhriz masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II (pada mesyuarat 25 Jun).

Dr Mahathir berpandangan bahawa pencalonan Shafie sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil demi meningkatkan hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago