AMK Cabang PD lumpuh, Pengerusi Tetap antara 100 ahli AMK umum keluar parti

Seorang pemimpin PKR Cabang Port Dickson mendakwa hampir 100 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang itu keluar parti kerana tidak bersetuju dengan hala tuju parti yang disifatkan hanya bertujuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.   

Pengerusi Tetap AMK cabang itu Amirudin Abdul Wahab mendakwa antara yang bersamanya keluar PKR ialah setiausaha dan kesemua 15 ahli jawatankuasa AMK Port Dickson.

Loading…

“Malah parti juga sanggup memecat ahli yang banyak berjasa semata-mata berbeza pandangan dalam perkara kecil. Anggota dikehendaki taksub dengan cita-cita menjadikan Anwar perdana menteri dan siapa yang tidak akur akan dipecat. 

“Perbincangan mengenai reformasi dan pembelaan rakyat semakin jauh, sebaliknya tajuk utama hanya berkisar kepada label-melabel dan menyerang sesama sendiri akibat taksub dengan sosok dan cita-cita menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang media mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Advertisement

Menurutnya, kepimpinan AMK Port Dickson juga tergantung selepas Ketuanya Mohd Nazir Hamed mendapat undi tidak percaya pada mesyuarat agung tahunan AMK 2019 sementara Timbalan Ketua  Muhammad Affandi Abd Malik dan Naib Ketua Ammar Abd Rashid pula  digantung keahlian bulan lalu.

 Amirudin berkata kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

38 mins ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

20 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago