Penganggur mengaku tidak bersalah bunuh 3 kucing dalam mesin kedai dobi

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing dengan kejam pada Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.

Loading…

Dia mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said pagi ini, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, N Nageswara memohon kepada mahkamah agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian dan penelitian memandangkan perwatakannya dilihat tidak stabil.

Advertisement

Mahkamah bersetuju membenarkan tertuduh dihantar ke hospital berkenaan bagi menjalani pemeriksaan selama tempoh sebulan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, tiba di Kompleks Mahkamah Selayang dengan diiringi pegawai polis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 13 Ogos, 2020 untuk sebutan semula kes.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

6 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago