PM tidak pernah nyatakan akan iktiraf UEC – PMO

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam pertemuan beliau bersama pimpinan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zhong).

“Berhubung isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong bersama YAB Perdana Menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa YAB Perdana Menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Loading…

Kenyataan itu menyatakan, Perdana Menteri sebaliknya menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian, apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Menurut kenyataan itu juga, kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP, dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian, dalam Bahasa Melayu.

Advertisement

“YAB Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan, sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu lagi.

Media melaporkan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Ronnie Liu Tian Khiew, mahu Muhyiddin mengotakan janji untuk UEC sebagaimana dijanjikan beliau dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sewaktu masih bersama Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu turut dilaporkan dakwaan Hua Zhong bahawa Muhyiddin secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu, Muhyiddin menyatakan harapan itu semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen beberapa hari lepas.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

3 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

5 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

23 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago