Dipercayai baru pulang dari India, ‘Taukey’ Nasi Kandar dikompaun selepas langgar arahan kuarantin di rumah

Seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh dekat Jitra telah ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar syarat kuarantin di rumah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata lelaki berumur 57 tahun itu dipercayai baru pulang dari India pada 13 Julai lepas dan telah diwajibkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Hasil keputusan ujian saringan COVID-19 yang pertama mendapati lelaki berkenaan negatif dan dia perlu melakukan saringan buat kali kedua pada minggu depan.

Polis telah menerima laporan berhubung kejadian daripada penduduk di kawasan itu dan telah menahannya di restoran berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata semasa disoal, lelaki terbabit mendakwa dia berada di restoran itu bagi memantau perniagaannya hari ini.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada lelaki berkenaan sebelum mengarahkannya untuk pulang menjalani proses kuarantin di rumah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Gambar lelaki berkenaan yang ketika itu berada di kedainya dengan memakai ‘gelang pink’ iaitu gelang tangan pengesanan COVID-19 mula tular di laman sosial sejak tengah hari tadi. – BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

8 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago