Azmin Dan Penyokong Sertai Bersatu

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini secara rasmi mengumumkan menyertai parti Bersatu bersama-sama penyokong beliau.

Pengumuman itu dilakukan ketika berucap di hadapan lebih 5,000 peserta Kongres Negara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara, yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia ( MITEC), di sini.


“Dengan penuh rasa ikhlas dan hati yang tulus, pada  petang yang keramat ini, saya dan ketumbukan dari Perlis hingga ke Sabah, sama ada Penggerak Komuniti Negara, Nation of  Women (NOW), Pemuda Negara, Wanita Muda Negara, dengan ini mengisytiharkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri (Muhyiddin Yassin) sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sebaik pengumuman itu, beliau yang juga merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima tepukan gemuruh daripada peserta yang hadir, sebelum Mohamed Azmin menerima kad keahlian daripada Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu.

Advertisement

“Untuk Malaysia bersaing dan berjaya dalam persekitaran ini, kita memerlukan satu anjakan paradigma dalam dimensi politik nasional.

“Kita perlu tawaduk dan mengambil iktibar dari sejarah masa lampau. Kita perlu belajar pengajaran daripada sejarah,” katanya.

Antara yang bersama Azmin menyertai Bersatu adalah sembilan bekas ahli Parlimen PKR iaitu Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mansor Othman, Datuk Rashid Hasnon, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin.


Azmin dalam ucapannya berkata, mereka bertekad bersama dengan rakan-rakan Perikatan Nasional untuk menjamin sebuah kerajaan yang stabil, mampan dan diyakini akan merealisasikan aspirasi rakyat.

Mohamed Azmin dan Zuraida, bekas Naib Presiden PKR, dipecat daripada jawatan masing-masing pada 24 Feb lalu.

Advertisement

Keputusan itu dilakukan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, berikutan tindak-tanduk dua pemimpin itu yang dianggap pengkhianatan oleh pucuk pimpinan parti.

Pada hari sama juga, Azmin dan Zuraida bersama sembilan lagi ahli Parlimen PKR ketika itu, mengumumkan keluar daripada parti itu, dengan seorang lagi adalah Ahli Parlimen Selangau Baru Bian.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

17 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

18 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago