Shafie Apdal: Pengundi Ada Maruah, Jangan Jual Undi Kamu

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Mohd Shafie berkata pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik wang.


“Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada maruah dan penentu masa depan anak-anak Sabah,” katanya pada majlis bersama calon-calon Warisan bertemu rakyat di Tawau hari ini.

Menurutnya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual.

Advertisement

“Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi,” katanya.


Menurut Mohd Shafie, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah.

Pada PRN ini, Mohd Shafie menghadapi pertandingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi DUN Senallang.

– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

24 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago