Istana Negara Sahkan Majlis Menghadap Anwar

KUALA LUMPUR – Istana Negara hari ini memaklumkan majlis menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan semalam (22 Sept) ditangguhkan, berikutan Seri Paduka gering.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin dan jemaah Menteri Kabinet serta individu-individu termasuk Anwar yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

“Seri Paduka turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19.

Advertisement


“Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama, semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka berdoa semoga Malaysia terus dilindungi daripada segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran berpanjangan.

Terdahulu, Anwar dalam satu sidang media hari ini mendakwa beliau mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Beliau berkata telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di IJN.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

12 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago