Kerajaan PN Perlu Dikekalkan Kerana Berjaya Tangani Isu Kesihatan, Ekonomi – MB Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan yang ada pada hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan, kerana telah terbukti berjaya menangani krisis kesihatan dan ekonomi dengan cekap dan efisien, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya di bawah kepimpinan Muhyiddin, Malaysia bukan sahaja menjadi antara negara terbaik  mengekang penularan wabak COVID-19, malah menunjukkan trend pemulihan ekonomi yang meyakinkan dengan kadar pemulihan daripada penguncupan (ekonomi) sebanyak 25.4 peratus dalam tempoh tiga bulan.


“Mudah-mudahan matlamat untuk ekonomi negara kita berkembang pada tahap 5 hingga 8 peratus pada tahun hadapan, dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik pengumuman pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) oleh Perdana Menteri dalam perutusan khas, petang tadi.

Advertisement

Muhammad Sanusi berkata, peruntukan Geran Khas Prihatin sebanyak RM600 juta, Subsidi Upah 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bernilai RM7 bilion, adalah bukti keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional terhadap kesukaran hidup rakyat, terutama di peringkat bawah dalam menghadapi situasi sukar akibat pandemik COVID-19.


“Kita juga akan memberi sepenuh perhatian terhadap pesanan untuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipertingkatkan, bagi memastikan negara dapat segera keluar daripada zon yang mencabar ini.

Beliau turut berharap inisiatif terbaharu yang diumumkan perdana menteri itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kedah, yang sebilangannya masih terjejas teruk oleh COVID-19 untuk berbelanja dengan sebaik mungkin mengikut keutamaan.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

41 mins ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

19 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago