Noraini Minta Maaf, Harap IPT Bertimbang Rasa Urus Hal Penangguhan

SHAH ALAM – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memohon maaf kepada semua pihak khususnya mahasiswa yang terjejas akibat keputusan pihaknya yang terpaksa menangguhkan serta-merta pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua institusi pengajian tinggi (IPT) semalam.

Beliau berkata, sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan keputusan itu susulan peningkatan mendadak kes koronavirus (Covid-19) sejak beberapa hari lalu.


Menurutnya, peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka dan pihaknya berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

KPT menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar IPT bagi kemasukan Oktober 2020 dan kumpulan pelajar lama yang kembali ke kampus susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19.

Advertisement

“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti, sementara pelajar yang masih lagi berada di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu pergerakan untuk pulang ke Universiti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tegasnya, beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap semua pihak dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19.


Terdahulu, KPT menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar IPT bagi kemasukan Oktober 2020 dan kumpulan pelajar lama yang kembali ke kampus susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19.

Keputusan mengejut oleh KPT berhubung perkara itu kemudiannya menimbulkan kekecohan serta kemarahan ramai semalam.

Kekecohan yang berlaku turut ‘trending’ di laman sosial dengan masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan singkat yang diambil kementerian itu kerana rata-rata mereka telah membuat persediaan awal termasuklah menyewa rumah penginapan, tempahan tiket penerbangan, malah ibu bapa juga telah mengambil cuti untuk menghantar anak masing-masing ke IPT- SH

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

17 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago