Lelaki OKU Pakai Gelang ‘Pink’ Ditahan Di Pasar Raya

Seorang lelaki memakai gelang berwarna merah jambu ditahan polis dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Bandar Hilir di Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata bertindak atas maklumat, pada pukul 9.30 malam sepasukan anggota polis telah pergi ke premis berkenaan dan menjumpai lelaki terbabit yang berumur 43 tahun bersama isterinya berumur 34 tahun.


“Isterinya memberitahu bahawa suaminya merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu masih memakai gelang tangan berwarna merah jambu dengan tempoh kuarantin dari 30 Sept hingga 15 Okt.

“Lelaki itu dikenal pasti sebagai kontak terdekat individu positif COVID-19. Ketika polis meminta dia mengemukakan surat pelepasan perintah kuarantin Kementerian Kesihatan, dia gagal berbuat demikian dan memaklumkan masih belum membuat saringan COVID-19 kali kedua,” katanya dalam kenyataan di Melaka, hari ini.

Advertisement


Afzanizar berkata lelaki itu kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga tamat tempoh kuarantin di rumah dan polis akan melengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Terdahulu, tular dalam aplikasi media sosial Facebook, gambar lelaki memakai gelang berwarna merah jambu COVID-19, memasuki pasar raya untuk membeli barang keperluan.

Paparan yang dimuat naik pengguna Facebook itu mengatakan telah terserempak dengan pasangan berkenaan dan dipercayai lelaki itu menyorokkan gelang dipakainya di bawah jam tangan, seterusnya melaporkan perkara berkenaan kepada pengurus pasar raya.

– Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

18 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago