Belum Ada Perbincangan Tangguh PRK Batu Sapi

GOPENG – Belum ada sebarang perbincangan antara Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama parti-parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain dengan pembangkang di negeri itu agar menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perlunya perbincangan tersebut diadakan, sekiranya jumlah kes positif jangkitan pandemik COVID-19 terus meningkat di kawasan itu.


“Namun, saya kira kalau ada keperluan untuk perkara itu (perbincangan) jika kes positif meningkat, kita (PRK) boleh merumitkan usaha untuk merawat pesakit, katil hospital tidak cukup…kita perlu cari jalan untuk berbincang tentang perkara itu,” katanya pada media di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, hari ini.

Pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Batu Sapi tetap perlu diadakan selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, dan mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 13 Okt  depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting.

Advertisement

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan yang BN mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Parlimen Baru Sapi jika ia diadakan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk mengelakkan pandemik COVID-19 daripada terus menular, sebagaimana yang dialami ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.l

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


Sehubungan itu, beliau berkata BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan supaya BN dan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon bagi PRK Parlimen Batu Sapi, selepas mengambil kira penularan COVID-19.

Advertisement

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago