18 Ahli Parlimen PAS Tetap Sokong Muhyiddin, Perikatan Nasional – Takiyuddin

KOTA BHARU – PAS hari ini mengulangi penegasan bahawa kesemua 18 ahli Parlimennya tetap menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak terkesan dengan retorik yang dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


“PAS menganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi, di samping menangguk di air keruh ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah COVID-19 serta langkah pemulihan ekonomi negara.

“Dalam hal ini, PAS amat yakin Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan melayan tindakan ‘desprado’ (terdesak) ini, sebaliknya Seri Paduka akan mengendalikan perkara ini berdasarkan peruntukan dan undang-undang di bawah Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisement

Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata PAS turut berharap kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat selain menjejaskan ekonomi.

Sebelum ini, dilaporkan Anwar yang juga Presiden PKR,  mendakwa beliau mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa ini (13 Okt) bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya seperti dinyatakan dalam sidang media pada 23 Sept lepas.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

13 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago