Rayuan Jamal Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Didengar April Depan

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 22 April tahun hadapan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin terhadap beliau.

Rayuan beliau tersenarai untuk pengurusan kes menerusi prosiding E-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Azah Idris hari ini dan dihadiri oleh peguam Jamal, Mohammed Nasser Yusof dan peguam Kenny Lee Jun How yang mewakili Yeo.


Peguam Yeo Datuk Sankara N Nair dan Mohammed Nasser ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.

Pada 7 Ogos tahun ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Jamal untuk membatalkan saman itu dan memerintahkan beliau membayar kos sebanyak RM2,000.

Advertisement

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu memfailkan rayuan untuk membatalkan saman itu Jun tahun ini dengan alasan ia adalah terlalu awal kerana siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi berjalan.

Pada 14 Jun, 2017, Yeo, selaku plaintif, memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Jamal berhubung kenyataan memfitnah berkaitan dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Dalam pernyataan tuntutannya, Yeo yang merupakan Ahli Parlimen Bakri, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan memfitnah pada 21 Mac, 2017, dan kenyataan itu telah diterbitkan oleh beberapa akhbar, portal berita dan dalam akaun Facebook Jamal.

Yeo mendakwa kenyataan Jamal, antara lain, memberi tanggapan yang beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk kegunaan peribadi dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Advertisement

Selain ganti rugi am RM5 juta, Yeo juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi untuk menghalang Jamal daripada mengulangi dakwaannya itu.

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago